Kantung rahim berisi ingatkan mengandung, wanita terkejut rupanya tak hamil

Proses kehamilan seorang insan yang bergelar ibu adalah berbeza. Walaupun sudah beberapa kali mengandung dan melahirkan, seorang wanita ini terkejut apabila mendapati perubahan perutnya bukanlah disebabkan oleh bayi.

Kisah sedih ini telah dikongsikan oleh seorang wanita yang bergelar ibu di akaun TikTok miliknya. Video yang berdurasi 16 saat itu boleh membuka mata para wanita diluar sana supaya sentiasa berwaspada kerana penyakit ini hanya terjadi kepada seorang insan yang bergelar wanita.

Perut semakin membesar dan sakit

Pemilik akaun TikTok yang bernama Umira Murod itu membuat pengakuan sejak beberapa hari yang lalu perutnya mengalami perubahan apabila  dia merasakan seperti perutnya semakin membesar dari hari ke hari.

Bukan itu sahaja, dia juga merasa tidak selesa dengan keadaan perutnya yang sakit seperti ada yang tidak kena.

Tidak mengandung

Sebelum terdapat perkara yang tidak diingini berlaku, Umira mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di hospital dan keputusan menunjukkan bahawa di dalam kantung rahimnya terdapat sesuatu yang tidak dapat dikenal pasti tetapi ianya bukanlah janin.

Kandungan luar rahim tapi 'urine test' negatif

Umira masih berikhtiar, kini dia mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan sekali lagi tetapi di pusat kesihatan yang lain.

Menurutnya, doktor mengesahkan bahawa kemungkinan Umira mengalami masalah kandungan luar rahim tetapi apabila mengenangkan ujian air kencing menunjukkan dia negatif, doktor mengambil keputusan untuk jalankan pemeriksaan lebih terperinci.

Cyst dah pecah

Hasil pemeriksaan, doktor mendapati cecair tersebut adalah daripada ketulan cyst yang sudah pecah terlebih awal jadi dia perlu membuat pembedahan kerana ketulan cyst yang sudah pecah itu terus mengeluarkan cecair.

"Doktor cakap nampak some liquid n ketulan dalam perut. Tak tahu nak cakap samada kandungan luar rahim atau apa."
-Umira-

Pembedahan perlu disegerakan

Turut dikongsikan lagi oleh Umira pada ketika itu, selepas mendapati ketulan dah pecah, doktor cuma arahkan dia dan suami supaya segera ke hospital tanpa perlu singgah ke rumah. Tambahnya lagi, doktor menasihati agar terus turunkannya di bahagian Unit Kecemsan.

Dia mulai cemas kerana takut sesuatu buruk berlaku. Menurut Umira dia hanya mampu diam dan berdoa supaya tiada perkara serius yang akan berlaku.

Bersyukur masih boleh hamil

Pembedahan berjalan dengan lancar dan doktor juga turut mengesahkan bahawa tiada sebarang komplikasi yang berlaku.

Walau bagaimanapun, Umira juga bersyukur kerana masih diberi peluang untuk melahirkan zuriat seandainya ada rezeki untuk dirinya mengandung suaru hari nanti.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen