Kembali bersatu selepas setahun terpisah, warganet sebak lihat pertemuan Dayah Bakar dan suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Kisah ketabahan seorang personaliti televisyen, Dayah Bakar yang terpaksa berjauhan dengan suami tercinta, Kapten Hanif Hamidi tentunya menjadi sumber inspirasi kepada pasangan di luar sana yang lalui perkara sama seperti mereka.



Dari sepanjang proses kehamilan dan hinggalah anak sulungnya kini berusia 5 bulan, mereka kerap kali menjadi perhatian peminat.



Pilih untuk bersatu dengan suami

Hujung tahun lalu, Dayah Bakar telah membuat keputusan untuk terbang ke Australia bersama anak kecilnya, Achbar Muhammad Fahri dan berehat seketika dari kejayanya demi bersama suami tercinta.

Selepas lalui tempoh kuarantin

Setelah selesai jalani proses kuarantin selama dua minggu, akhirnya Dayah dan suami kembali bersatu selepas setahun tidak bersua muka.



Perkara tersebut telah dikongsikan di Instagram peminatnya apabila memuat naik gambar Kapten Hanif memeluk erat isteri serta anak bagi melepaskan rindu yang terpendam.



“Fahri jumpa baba”

Menjengah ke komen Instagram peminatnya itu, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak dan terharu apabila keluarga ini disatukan kembali selepas berjauhan dalam tempoh yang lama.

Masing-masing meluahkan rasa syukur dan mendoakan pasangan ini terus berbahagia dan berkekalan.



Walau bagaimanapun, melihat ke Instagram pengacara wanita tersebut masih belum ada sebarang gambar atau video akan pertemuan bermakna itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen