Bukti susah senang sama-sama, kisah pasangan ini beri inspirasi

Memiliki pasangan yang sanggup susah dan senang bersama-sama itu anugerah. Ramai mengimpikan perkara yang sama tidak kiralah lelaki ataupun perempuan, namun hanya segelintir sahaja yang mampu bertahan.

Walau bagaimanapun, menerusi satu video yang telah dimuat naik oleh salah seorang pengguna Twitter telah menarik perhatian warganet berkenaan kisah percintaan sepasang suami isteri ini yang pastinya membuat penonton terinspirasi.

Pengorbanan luar biasa

Hidup adalah satu perjalanan, di sepanjang perjalanan kita akan menemui pelbagai ujian yang mampu menjadikan kita lebih matang dalam semua aspek.

Kisah yang dikongsikan oleh Adam Harith di akaun TikTok miliknya menceritakan detik-detik pertemuan bersama insan yang dicintainya sejak dari zaman sekolah lagi dan kini sudah menjadi isteri. Di permulaan kisah mereka diuji dengan kesusahan Adam yang hanya bekerja di pam minyak Caltex dan membantu ayahnya membuat kerja-kerja membuat rumah secara separuh masa.

Gaji bulanan yang diperoleh oleh Adam sedikit pun tidak menjadi isu buat wanita tersebut sebaliknya masih terus bertahan di sisinya sehingga dia berjaya walaupun kelihatannya seperti mustahil. Adam kuatkan hati dan dia tidak putus asa demi insan yang selalu ada dengannya.

 

Rezeki lepas kahwin

Tempoh perkenalan yang lama itu membuatkan Adam berani untuk melangkah lebih jauh lagi bersamanya dan telah mengambil keputusan untuk mengahwini insan yang sudah lama menetap di hatinya.

Orang kata rezeki lepas berkahwin ni pasti ada, jadi jangan takut untuk berkahwin. Siapa sangka, selepas mendirikan rumah tangga mereka terpaksa hidup secara berjauhan pula kerana Adam mendapat tawaran menjalani latihan PULAPOL di Kuala Lumpur selama 9 bulan.

Cabaran bercinta jarak jauh

Saling percaya itu kunci kebahagiaan, tambahan pula apabila pasangan itu perlu berdepan dengan ujian bercinta secara jarak jauh, begitulah juga yang terjadi kepada pasangan ini.

Memandangkan isterinya seorang guru, agak sukar untuk membuat pertukaran tempat mengajar. Jadi, si isteri mengambil keputusan untuk berulang alik dari Kuala Lumpur ke Melaka  melawatnya di hari minggu. Meskipun jarak memisahkan itu tidak bermakna rasa cinta juga semakin berkurang.

Pendapat orang berbeza

Namun begitu, setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza dan perkara itu memang tidak dinafikan.

 

Buat yang sedang bertahan semoga terus kuat!

Pasti ada hikmahnya

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen