Main game pilih sampul, ayah teruja dapat RM200 dari anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Impian setiap anak tentunya ingin mengembirakan hati ibu bapanya. Walaupun tidak terbalas segala jasa dan pengorbanan namun cukup dapat membuat mereka bahagia.

Ada pelbagai cara seorang anak ingin gembirakan ibu bapa mereka ini, selain menjadi anak yang taat dan soleh solehah, cara seperti yang digunakan oleh gadis ini juga boleh ikuti.

Main game sempena hari jadi ayah

Seperti video yang tular baru-baru ini di apalikasi TikTok akan seorang anak yang bermain game bersama bapanya telah mendapat perhatian ramai.


Video tersebut telah dimuat naik oleh Fizlah yang memaparkan detik manis ketika membuat kejutan hari lahir bapanya.

Dalam video tersebut, bapa gadis itu sedang sibuk memotong cili kering, dia kemudian didatangi anaknya yang menyuruh untuk memilih dua daripada empat sampul di tangannya.



Teruja lihat isi sampul surat

Setelah memilih dua sampul seperti disarankan, bapanya melihat wang tunai di dalam sampul berkenaan sambil menyatakan banyak yang dia perolehi.


Malah, lelaki berkenaan sempat bersorak keriangan selepas berjaya mendapatkan RM200 dari permainan tersebut.



Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu akan reaksi gembira ayah gadis tersebut. Malah, mereka juga turut mendoakan akan kesejahteraan lelaki berkenaan.

Bahkan, warganet juga sempat meluahkan rasa rindu mereka terhadap ayah yang jauh di kampung serta yang telah tiada.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen