7 hari sebelum majlis terlibat kemalangan, pengantin perempuan tolak 'wheelchair' di majlis perkahwinan

Perasaan yang bagaimana perlu digambarkan buat pasangan yang sedang menghitung hari menunggu upacara majlis perkahwinannya bakal berlangsung? Sudah semestinya gembira dan sebahagiannya mungkin akan rasa gemuruh terutamanya bakal pengantin lelaki kerana mengenangkan nasib sewaktu melafazkan akad nanti.

Berbeza pula kisahnya dengan sepasang bakal pengantin ini. Perasaanya pasti luluh apabila mendapat tahu bahawa bakal pengantin lelakinya mengalami kemalangan di saat-saat majlis penting mereka semakin menghampiri.

Kemalangan sebelum majlis

Video yang dipaparkan diambil menerusi akaun TikTok milik seorang Jurugambar yang diberi amanah untuk mengambil foto-foto pasangan pengantin tersebut.

 

Menurut beliau, pengantin lelaki mengalami kemalangan 7 hari sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung. Kemalangan itu pula telah mengakibatkan tempurung lututnya pecah.

Majlis tetap berjalan dengan meriah

Walau bagaimanapun, nasib masih berada di pihak mereka. Pasangan itu masih menruskan majlis mereka walaupun dalam keadaan pengantin lelaki berkerusi roda.

Apa yang lebih ajaib lagi apabila pengantin lelaki diberi kesembuhan 7 hari sebelum majlis mereka berlangsung. Tiada sebarang agenda yang tertunda atau perlu dibatalkan. Majlis tetap berjalan dan kedua-dua mereka tampak gembira pada hari bersejerah mereka.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen