Pencarian cinta berakhir di Baituljannah, gadis tak sangka semuanya dimudahkan

Oleh: Zuzu Yasmine

Ramai yang beranggapan bahawa mencari pasangan hidup menerusi laman web mencari jodoh ini bukanlah satu pilihan yang baik. Ada yang kata itu mahupun ini, namun ramai sahaja yang berjaya bertemu jodoh masing-masing.

Perkara itu dilalui oleh wanita ini yang bertemu jodohnya di laman web Baituljannah setelah berkenalan beberapa orang di dalam laman web tersebut.


Menerusi laman Facebook Nik Alia Hayati, dia telah berkongsi sedikit perjalanan mencari jodoh melalui Baituljannah sehinggalah bertemu dengan suaminya.



Antara usaha mencari jodoh

Menurutnya, dia tidak pernah pedulikan apa yang orang kata kerana mencari jodoh melalui BaitulJannah juga merupakan salah satu usaha untuk bertemu pasangan hidup. Malah, sebelum ini juga dia pernah berkenalan secara realiti namun semuanya tidak menjadi.

Alia juga menyatakan bahawa sebelum ini dia sememangnya sudah mempunyai akuan Baituljannah namun berhenti seketika sebelum mulakan sekali lagi setahun kemudian.

Ketika kembali aktif, dia menyatakan mempunyai tiga orang calon pilihan yang hampir capai untuk taaruf luar, bimbang akan tersilap pilih pasangan dia meminta ibu bapanya untuk pilih satu daripada tiga orang itu selain turut melakukan solat istikharah.



Semua dipermudahkan

Untuk pertemuan pertama dengan suaminya, dia menyatakan bahawa ketika itu suami di Johor manakala dirinya di Kelantan, malah dia juga sempat melahirkan rasa bimbang penerimaan suaminya dalam pertemuan pertama mereka di Johor.


Tidak sangka jodoh dipermudahkan, selepas pertemuan pertama mereka sama-sama bersetuju untuk ke fasa seterusnya iaitu merancang untuk bertunang pada bulan Oktober tahun lalu.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semua rancangannya terpaksa ditangguhkan namun tidak sangka pada bulan awal Januari lalu dia telah selamat menjadi tunang dan isteri pada hari yang sama.

Jelasnya ketika itu, kedua-dua belah keluarga masih belum mengenali antara satu sama lain malah turut tidak mengenali bakal menantu mereka namun semuanya dipermudahkan.



Perasaan hadir selepas sah menjadi suami isteri

Berkongsi perasaan ketika itu, Alia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai perasaan sayang mahupun cinta kerana hanya berkenalan sahaja, bahkan dia juga takut untuk menyayangi seseorang yang belum halal bimbang akan terluka lagi sekali.

Bagaimanapun semua perasaan cinta dan sayang itu hadir selepas mereka sah bergelar suami isteri dan Alia turut menyatakan bahawa bercinta selepas nikah itu sememangnya indah.



Dalam perkongsian itu juga, Alia mengucapkan terima kasih pada suaminya yang terima dirinya seterusnya menjadi pelengkap hidupnya.

Alia juga sempat berpesan kepada mereka yang masih bujang, jangan terburu-buru dan fokus akan yang lebih penting dan jodoh akan tiba tepat pada waktunya.

Justeru itu, jodoh sememangnya telah ditetapkan oleh Allah, namun sebelum berlaku pertemuan itu tentunya ada proses dan usaha yang perlu dilakukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen