Murung selepas disahkan positif Covid-19, warga emas bertindak kelar diri sendiri

Oleh: Zuzu Yasmine

Seorang warga emas dipercayai alami kemurungan selepas dirinya disahkan positif Covid-19 ditemui mati di rumahnya di Seri Kembangan, Selangor.



Menerusi laporan Harian Metro, sebelum kejadian mangsa berusia 66 tahun itu sering mengatakan kepada isterinya, “lebih baik mati daripada sakit seperti itu”.



Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, si mati sering mengadu kesakitan kepada isterinya dan berada dalam keadaan murung apabila disahkan positif Covid-19.

"Si mati membuat ujian calitan tekak Covid-19 di hospital swasta pada 7 Januari lalu dan didapati positif sehari kemudian.

"Ujian Covid-19 kali kedua juga sudah dibuat 18 Januari lalu dan keputusan dua hari kemudian menunjukkan si mati masih positif.

"Si mati sudah membayar kos yang tinggi di hospital swasta untuk rawatan Covid-19 dan sering mengatakan kepada isterinya lebih baik mati," katanya.


Difahamkan bahawa rumah teres dua tingkat tersebut hanya didiami si mati bersama isterinya manakala rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jiran si mati tiada sesiapa yang menghala kepada rumah berkenaan.

"Tiada sebarang kesan pecah masuk dan umpil. Tiada sebarang barangan berharga hilang di dalam rumah.

"Rumah juga dalam keadaan yang teratur. Jiran rumah juga tidak mendengar sebarang bunyi pertengkaran ataupun orang menjerit," katanya.

Jelasnya, berdasarkan pemeriksaan bersama anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat pemeriksaan dan mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku.

"Mangsa didapati mati akibat kesan kelar pada tengkuk dan pisau masih berada di sebelah si mati.

"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sehingga menunggu laporan bedah siasat," katanya



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen