Dulu periang dan aktif, kini anak terlantar menghidap penyakit misteri

Lain orang lain deritanya, bersesuaian dengan kemampuan seseorang. Hanya air mata dan doa mampu dipohon dari seorang ibu buat anaknya yang menghidap penyakit misteri ini.

Hati ibu mana yang tidak luluh melihat perubahan anaknya yang dahulunya riang ketawa bersama, kini terlantar menanggung sakit yang tidak diketahui puncanya.

Anak tidak lagi seperti dulu

Perubahan itu mulai disedari oleh Puan Lily apabila anak keduanya yang bernama Hasif, 15 tahun memulakan pembelajaran di sekolah menengah.

"Memang berbeza sangat dia dulu dengan sekarang. Mulanya simptom ringan saja dan saya ingat ada masalah di sekolah sampai saya berjumpa dengan guru kaunseling. Malah, cikgu cakap dia memang tak ada masalah disiplin atau kes buli."

-Puan Lily-

 

Keadaan semakin teruk

Semakin hari, Puan Lily semakin pelik dengan sikap anaknya yang tidak lagi seperti dahulu. Menurut Puan Lily, perubahan itu berlaku sangat ketara sejak bermulanya pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 yang lalu.

Hasif langsung tidak menyentuh apa-apa makanan, tak nak bangun atau bergerak sehingga  berat badannya susut 30 kilogram.

Semoga Hasif sembuh

Puan Lily dan suaminya, Hairil Hazlan, 45 tahun hanya mampu berdoa dan ikhtiar buat anak keduanya itu dengan harapan mereka jumpa jawapan di sebalik apa yang sedang terjadi kepada anaknya. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk membawa Hasif pergi berubat secara tradisional namun masih tiada perubahan.

Kemudian, dia dan suami membawa Hasif berjumpa dengan doktor pula di Hospital Serdang untuk membuat pemeriksaan.

"Yang peliknya, pelbagai ujian dah dibuat pada anak saya sampai pihak hospital ambil tujuh tiub darah tetapi semuanya tak ada simptom langsung, normal sahaja."

-Puan Lily-

Bantuan untuk Hasif

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.Rentetan ujian yang menimpanya dan keluarga sekarang, Puan Lily mengakui bahawa dia dan suami memerlukan bantuan daripada orang ramai sama ada dalam bentuk keperluan atau dari segi kewangan.

Hal ini adalah kerana ketidakcukupan sumber pendapatan yang diperoleh olehnya dan suami untuk menampung kos perubatan Hasif dan kelengkapan lain seperti lampin pakai buang, makanan tambahan (supliement), kos vitamin dan juga rawatan fisioterapi anaknya.

Tambah Puan Lily lagi, doktor turut menyarankan supaya kes anaknya itu dirujuk kepada hospital di luar negara untuk kajian yang lebih terperinci dan mungkin persoalan Puan Lily selama ini terhadap masalah kesihatan anaknya bakal terjawab.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen