"Kahwin masa PKP, jimat dan tak sunyi" - Saran Kaka Azraff buat pasangan bercinta

Oleh: Zuzu Yasmine

Seperti yang dijangkakan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini tidak hanya berlanjutan selama dua minggu, seperti yang diketahui umum bahawa PKP 2.0 ini dilanjutkan sehingga 4 Februari.

Buat pasangan yang selamat diijabkabulkan sebelum bermulanya PKP 2.0 ini tentunya mampu tersenyum lebar kerana dapat meluangkan masa dan melepaskan rindu dengan pasangan.



Namun, buat mereka yang masih bercinta tentunya hanya boleh mendengar suara dan membuat panggilan video sahaja.

Baru-baru ini, penyanyi Kaka Azraff menyarakankan kepada pasangan yang bercinta agar mengambil peluang untuk berkahwin pada ketika ini.



Menurut Kaka, selain dapat jimatnya wang, sememangnya sangat seronok apabila PKP bersama pasangan kerana dapat meluangkan lebih banyak masa bersama.

“Seronoknya PKP dengan pasangan. Yup, true. Selain sakit hati dengan partner kita, seronok jugak buat benda-benda bodo bersama.

“Masa ni lah dapat luang masa yang banyak dengan pasangan kita. I sarankan kepada mereka yang sedang bercinta, kahwinlah time PKP ni. Jimat and you tak lonely,” kongsinya di Instagram.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Gila ini juga berkongsi aktiviti menarik yang dilakukan bersama suami sepasang mereka terkurung bersama.



Perkara tersebut juga disokong oleh warganet dan rakan artis yang menyatakan bahawa PKP akan jadi lebih seronok kalau ada pasangan.

Terdahulu, Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 2018 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen