"Ayam berkokok kat rumah tu..." - 'On Air' sambil WFH, 'bloopers' wartawan Awani bikin netizen ketawa

Work From Home merupakan antara usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan kesesakan yang berlaku bukan sahaja di tempat awam bahkan juga di pejabat.

Kini kaedah itu bukan sahaja tertumpu kepada warga kerja bahkan juga kepada pelajar-pelajar berikutan kes pandemik yang masih berada di tahap yang membimbangkan.

Namun pada itu, baru-baru ini telah dikongsikan sedutan pendek bloopers daripada seorang penyampai berita bersama dengan rakan media yang lain ketika bersiaran dari rumah. Pelbagai kejadian lucu yang mencuit hati dapat kita lihat melalui video yang dikongsikan. 

Bloopers sewaktu rakan media work from home mencuit hati

Memang tidak dapat dinafikan apabila kita bekerja dari rumah pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya apabila berdepan dengan masalah ganguan internet.

Bukan itu sahaja, bahkan mereka juga berdepan dengan masalah gangguan bunyi sewaktu sedang membuat liputan bersama dengan rakan penyampai yang lain seperti bunyi pintu, ayam berkokok dan sebagainya.

Berikutan video yang sudah tular di laman Twitter itu,terdapat satu situasi yang telah mencuit hati ramai warganet apabila kelihatan seorang penyampai berita yang masih tercari-cari mukanya yang tidak keluar di skrin sedang rakan yang lain sedaya upaya memberi penerangan supaya dia tidak ketinggalan sewaktu sedang bersiaran.

Rupa-rupanya lens kamera tak buka

Kejadian itu telah menyebabkan kawannya hampir berang. Setelah beberapa kali mencuba ternyata lens kamera belum dibuka. Rata-rata warga Twitter yang menonton turut terhibur dengan bloopers yang dikongsikan.

Steady je masing-masing

Walau pelbagai cabaran yang mereka hadapi saat itu, mereka masih nampak profesional ketika bersiaran demi menyampaikan berita semasa untuk kita semua. 

Rata-rata warga Twitter tak lepaskan peluang memenuhi ruangan komen yang ternyata turut terhibur melihat video itu.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen