Diarah patah balik selepas hasil saringan mengesahkan pemandu lori positif Covid-19

Kejadian yang berlaku di Johor Bharu baru-baru adalah melibatkan seorang pemandu lori berusia 50 tahan yang diarah untuk berpatah balik apabila hasil ujian menunjukkan dia disahkan positif Covid-19.

Pengawasan ketat

Susulan perkara tersebut, adalah telah dimaklumkan bahawa pada hari Jumaat yang lalu Singapura mula menguatkuasakan arahan yang mewajibkan setiap pemandu dan kelindan kenderaan membawa kargo yang memasuki Singapura melalui Tuas dan Woodlands menjalani ujian sarungan Covid-19 terlebih dahulu bagi mengekang kes import  ke republik itu.

Perintah itu telah dikeluarkan oleh Kemeterian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura melalui satu kenyataan sidang media.

"Bagi mendepani peningkatan risiko terhadap kes import Covid-19, Singapura memperketatkan kawalan sempadan dengan mewajibkan semua pengunjung untuk menjalani ujian saringan Covid-19 setibanya di republik ini."

-Kementerian Perdagangan dan Industri-

Sejajar dengan perkara tersebut, ujian saringan Antigen Rapid Test (ART) di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas akan dimulakan terhadap pemandu kargo dan kelindan yang memasuki Singapura.

Tambahnya lagi, hanya kelindan dan pemandu yang negatif sahaja akan dibenarkan meneruskan perjalanan ke Singapura.

Laluan masuk 

Di samping itu, semua pemandu dan kelindan lori akan melalui dua pintu masuk darat ke republik itu dari Malaysia bermula jam 9 pagi manakala pintu masuk darat bagi kenderaan kargo ke Singapura pula adalah melalui Tambak Johor dan Gelang Patah.

Kos saringan

Namun begitu, Jabatan Imigresen Malaysia (JMI) turut mengeluarkan pekeliling berkaitan kos saringan. Menurut kenyataan pihak mereka,kos saringan akan ditanggung oleh kerajaan Singapura di peringkat awal.

"Bagi membolehkaan mereka kembali ke Singapura, individu terbabit perlu mengemukakan bukti ujian negatif Covid-19 atau menunggu 21 hari selepas tarikh ujian positif virus berkenaan."

-Jabatan Imigresen Malaysia-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen