"Tak pernah cakap pun tak beri nafkah..." - Rita Rudaini respon isu nafkah anak

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam, kecoh akan isu nafkah akan bintang bola sepak Aidil Zafuan yang mana sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon cantik jelita Rita Rudaini pada 2008.

Miliki dua orang cahaya mata lelaki, pasangan ini memilih kata sepakat untuk berpisah selepas rumah tangganya dilanda badai pada 5 September 2013.

Jelaskan keadaan sebenar

Semalam, kembar kepada Zaquan Adha itu telah memuat naik satu kenyataan bertulis melalui Instastory yang menjelaskan dakwaan orang ramai yang memberi pelbagai tuduhan tanpa mengetahui perkara sebenar.



Menurut Adil, dia sering didakwa tidak memberi nafkah kepada dua anaknya bersama pelakon terbabit Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.




Susulan daripada itu, Rita Rudaini turut memuat naik satu posting menerusi Instastory berhubung kenyataan yang dikeluarkan oleh permain bola sepak berusia 33 tahun itu.

Tak pernah mendakwa tak beri nafkah

Menurut Rita, dia tidak pernah mendakwa bahawa bekas suaminya itu tidak memberi nafkah kepada anak-anaknya meskipun amaun yang diberikan masih sama walaupun sudah masuk tahun 2021.



Jelasnya, dia juga mendakwa tidak pernah menganggu bekas suaminya itu apatah lagi saat anaknya dibuli malah dia meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja pihak tersebut memuat naik kenyataan tersebut.



Rita turut menjelaskan bahawa dia tidak mahu ‘claim’ LHDN namun, masa hendak mengisi borang tersebut sudah dinyatakan apa yang boleh namun tidak menyangka bahawa perkara tersebut sudah di ‘claim’ oleh pihak sana.

Untuk makluman, selepas bercerai Aidil telah mendirikan rumah tangga bersama Zarema Zainal pada 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Zeeyad dan Ayres Zachary.




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen