“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia" - Fara Salleh akui hubungan cinta dengan Shuk Sahar sudah berakhir

Oleh: Zuzu Yasmine

Terima pelbagai ugutan daripada individu yang tidak dikenali, wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan penyampai radio, Shuk Sahar tampil membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan keselamatan.



Menurut wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh itu, dia kesal apabila isteri kepada Shuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah bertindak menyebarkan maklumat peribadinya termasuk alamat rumah dan nombor telefon bimbit.

“Saya terima bermacam-macam ugutan menerusi WhatsApp, call termasuk ada ugut nak bunuh... sebab tu saya terpaksa buat laporan polis.

“Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial,” katanya kepada pihak mStar Online pada Ahad malam.

Berdasarkan temubual tersebut, Fara ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya selepas ‘diserang’ isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu di rumahnya.

Fara turut meluahkan rasa kekesalan berikutan nombor telefon dan alamat rumahnya tersebar di media sosial.

“Cuma saya kecewa bila tiada rasa tanggungjawab dengan menularkan nombor telefon, menularkan dengan keadaan kita pun macam aib kot masa kat dalam rumah. Benda tu sangat mengaibkan saya,” tegas Fara.

Menurut wanita berusia 28 tahun itu, Rossalennah hadir ke kediaman dan mendakwa dirinya menyembunyikan Shuk di dalam rumah.



Bagaimanapun, fikirkan akan faktor keselamatan, Fara tidak membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya, namun Fara menyarankan untuk menghubungi JAIS atau pihak polis serta mengajak melakukan panggilan video bertujuan buat ‘home tour’ bagi membuktikan keberadaan Shuk di dalam rumah tersebut.



Apabila ditanya mengenai hubungannya dengan penyampai radio berkenaan, Fara menyatakan bahawa hubungan tersebut sudah berakhir.

“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia!” ujarnya.

Terdahulu, Fara adalah individu yang sama dikaitkan menjalainkan hubungan dengan Shuk sekitar Julai 2020.

Manakala, Shuk dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan memiliki dua cahaya mata perempuan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen