Rela berjalan sejauh 20KM demi sesuap nasi, tukang urut buta dapat perhatian Dr Zulkifli

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih kekal setia bersama suami tercinta malah sanggup menjadi ‘tongkat’ penunjuk arah ketika berjalan mencari rezeki sebagai tukang urut di Kampung Talang, Kadok, Ketereh.



Wanita Fatimah Salleh, 58, berkata, dia dan suaminya, Wan Mohamed Jaafar, 78, akan keluar dari rumah mereka seawal jam 8 pagi dengan berjalan kaki sejauh lebih 20 kilometer setiap hari untuk mencari pelanggan atau berkunjung dari rumah ke rumah bergantung kepada permintaan pelanggan.



Menurut laporan Sinar Harian, pasangan ini telah menjadi tukung urut selepas mata suaminya masuk habuk simen semasa berkerja sebagai tukang rumah pada usia 54 tahun sekitar tahun 1998.

"Selepas kejadian itu, suami saya dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sebelum disahkan buta,” katanya.

Fatimah juga menyatakan bahawa dia menerima upah antara RM5 sehingga Rm30 bergantung kepada persetujuan pelanggan.



Pasangan ini juga memiliki anak yang berusia 22 tahun hingga 40an, namun turut alami kehidupan yang sukar.

“Kami juga pernah makan ubi rebus yang ditanam di belakang rumah kerana tidak ada duit untuk membeli makanan.

“Sebab itu, saya dan suami keluar mencari rezeki sebagai tukang urut. Dapatlah tampung perbelanjaan kami termasuk bayar bil air serta elektrik," katanya.



Fatimah juga memaklumkan bahawa suaminya menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM150, malah turut menjelaskan bahawa rumah yang didiami mereka sekarang dibina atas tanah wakaf hasil bantuan wakil rakyat, namun keadaan rumah tersebut sudah kelihatan usang.

“Terima kasih atas makluman”

Bersimpati akan nasib yang menimpa, Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri menerusi laman Twitter miliknya memaklumkan bahawa dia telah berbincang dan meminta pihak Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) untuk bertemu pasangan ini serta menghulurkan bantuan.

Dr Zulkifli juga menyatakan bahawa mereka akan menyediakan bantuan dan meneliti jenis bantuan yang sesuai buat pasangan ini.

Diharapkan bantuan yang bakal diterima akan segera diperolehi agar pasangan ini mampu jalani hidup yang selesa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen