"Isteri adalah jodoh dan teman sejiwa, bukan pembantu rumah." - Edika Yusof

Oleh: Zuzu Yasmine

Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-18 beberapa hari lalu, pelakon tampan Edika Yusof enggan mengulas sebarang ulasan apabila netizen menbandingkan kesetiaanya menjaga isterinya lumpuh sejak 16 tahun lalu dengan orang lain.



Menerusi laporan Harian Metro, Edika mengakui bahawa dirinya agak tidak selesa setiap kali dirinya dibandingkan dengan selebriti lain. Hal ini kerana dia percaya setiap perkahwinan mempunyai dugaan masing-masing.

“Semua orang akan melalui dugaan masing. Setiap perkahwinan juga ada dugaanya tersendiri. Bagi saya perkahwinan ialah tanggungjawab bersama dan susah senang kita mesti hadapi bersama,” ujarnya.

Pelakon yang berusia 54 tahun itu juga menyatakan bahawa isteri merupakan jodoh dan teman sejiwa, bukan untuk dijadikan pembantu rumah. Jadi, rutin harian dan kerja-kerja rumah perlulah dikongsi bersama.

“Bersama kita berkongsi tanggungjawab termasuk rutin harian, jaga anak, kerja-kerja rumah dan juga memasak,” kongsinya.

Edika juga meluahkan rasa tidak menyangka posting yang dimuat naik ketika menyambut ulang tahun perkahwinan ke-18 menerima sambutan yang baik dan komen positif daripada warganet.


Saya setia menjaga isteri saya. Bagi saya tanggungjawab adalah perkata utama dan keduanya disebabkan perasaan cinta dan kasih sayang.

“Saya bersyukur Allah panjangkan jodoh kami dan juga Allah berikan kami kekuatan dalam mengharungi dugaan ini,” tambahnya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, 21, Fardeen Nasrulhaq, 17, dan Fereena Nurulhaq, 16.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen