Disahkan positif Covid-19, lelaki tulis nota bunuh diri sebelum terjun

Sejak kebelakangan ini sering kali kita dengar berkenaan dengan kes bunuh diri yang terjadi dalam kalangan kita sendiri selepas seseorang itu disahkan positif Covid-19.

Ujian itu mungkin berat buat mereka di luar sana yang pernah terkena virus ini kerana takut dengan persepsi orang lain terhadap diri kita selepas mengetahui bahawa kita adalah bekas pesakit virus merbahaya itu seterusnya memilih keputusan untuk bunuh diri sebagai jalan akhir.

Begitulah juga yang terjadi baru-baru ini apabila seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun mengambil keputusan untuk terjun dari bangunan flatnya selepas mendapat tahu bahawa dia merupakan pesakit Covid-19.

 

Orang awam sahkah kejadian

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Assisten Komisioner Beh Eng Lai, mereka menerima panggilan sekitar 4.30 petang di Pusat Kawalan IPD Sentul menerusi MERS 999 memaklumkan mangsa dijumpai oleh orang awam dalam keadaan terbaring dan cedera parah di lantai tingkat bawah flat.

Cedera parah dan koma

Walau bagaimanapun, mangsa tidak menemui ajalnya di situ apabila doktor mengesahkan bahawa dia mengalami cedera di kepala, paru-paru,perut serta patah tangan dan kaki.

"Mangsa kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat mengalami kecederaan yang kritikal dan terlantar dalam keadaan koma."

-Ketua Polis Daerah Sentul-

Temui nota sebelum terjun

Namun begitu siasatan telahpun dijalankan mangsa ada meninggalkan sekeping nota sebelum dia mengambil keputusan untuk terjun dari tingkat 11 rumahnya.

"Polis menemui nota yang ditinggalkan pada badan mangsa sebelum mendapati nota itu menyatakan dia positif Covid-19 sebelum terjun membunuh diri."

-Ketua Polis Daerah Sentul-

Di kesempatan itu, polis berkenaan juga menyeru orang ramai agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan persekitaran sehingga mendatangkan bahaya kepada nyawa.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen