Tak puas hati harga telur ayam jatuh, peniaga buang semua hasil ke tanah

Semenjak pandemik Covid-19 melanda seluruh negara, ramai yang terkesan. Ada yang kehilangan pekerjaan, ada yang kehilangan sumber pendapatan kerana tiada pelanggan dan sebagainya. Pelbagai impak yang diterima oleh ribuan penduduk bumi bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Dari situ maka bermulalah peningkatan jes jenayah seperti kecurian, ragut dan sebagainya kerana tiada pilihan lain asalkan anak bini di rumah ada sumber untuk dimakan.

Baru-baru ini telah tular di Youtube kisah seorang penjual telur yang membuang hampir semua telur ayam miliknya.

Harga telur ayam tak masuk akal

Kejadian yang berlaku di Jawa Timur itu berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang pembekal telur ayam apabila mendapat tahu kejatuhan harga telur ayam di pasaran sehingga tiada keuntungan yang diperoleh olehnya.

Lalu dia mengambil keputusan untuk membuang hampir kesemua telur-telur ayam miliknya dengan dibantu oleh pekerja-pekerjanya yang lain.

Kecaman demi kecaman

Walau bagaimanapun tindakan itu pastinya akan menerima pelbagai komen negatif dari seluruh dunia memandangkan tindakan itu sangatlah tidak wajar dibuat kerana menurut kebanyakan mereka berpendapat bahawa banyak lagi alternatif lain yang boleh dibuat olehnya selain daripada membuang begitu sahaja kerana secara tidak langsung ia telah melakukan satu pembaziran sedang mereka di luar sana sangat memerlukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen