PKP 2.0 bakal berakhir 4 Februari ini

Pelaksanaan PKP 2.0 telah dilaksanakan baru-baru ini berikutan kes baharu mencatatkan jumlah yang sangat membimbangkan dari hari ke hari.

Namun, kita juga telah digembar-gemburkan dengan khabar angin mengatakan bahawa pelaksanaan PKP penuh mungkin akan dilakukan memandangkan tiada pengurangan kes yang berlaku daripada pelaksanaan PKP 2.0 ini.

 

PKP 2.0 bakal berakhir

Walau bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak yang dijadualkan berakhir pada 4 Februari ini tidak akan dilanjutkan.

Tambahnya lagi, ia akan disambung dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

 

Beri kesan kepada ekonomi

Keputusan itu telah diambil bagi mengelakkan kesan negatif terhadap ekonomi negara susulan pelaksanaan PKP 2.0 ini yang sepatutnya berakhir pada 13 Januari lalu tetapi dipanjangkan tempoh pelaksanaan berikutan kes baru yang menunjukkan jumlah yang membimbangkan

"Justeru, kita lanjutkan sehingga Februari, tetapi kita tak nak panjangkan PKP kerana beri kesan terhadap ekonomi. Kita kena seimbangkan kepentingan ekonomi dan kesihatan."

-Dr Noor Hisham Abdullah-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen