Tak lupa tunaikan solat, rider Foodpanda solat di bahu jalan sentuh hati warganet

Oleh: Zuzu Yasmine

Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah, diikuti puasa di bulan Ramadan, membayar zakat serta mengerjakan haji.

Sebagai orang Islam, hidup akan kosong dan tidak bermakna jika tidak megerjakan amalan fardhu itu setiap hari.



Walaupun pada ketika ini kebanyakan masjid dan surau-surau terpaksa ditutup bgai mengawal penularan wabak Covid-19, namun itu bukan salah satu perkara yang menjadi halangan untuk mengerjakan solat.

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa foto seorang penghantar makanan Food Panda solat di tepi jalan.

Difahamkan, kejadian tersebut berjaya dirakam di bahu jalan di Jalan Zobel, bandar Manila, Filipina.




Menurut laman Facebook Philippine Star, penghantar makanan tersebut merupakan seorang muslim yang berhenti sebentar untuk menunaikan solat sebelum menyambung semula tugasnya.

“Solat ialah rukun kedua dalam Islam, dilaksanakan sebanyak lima kali sehari dan diwajibkan ke atas semua Muslim.”

Foto tersebut telah mendapat lebih 50,000 perkongsian malah turut dibanjiri dengan pelbagai komen positif daripada warganet terutama masyarakat Filipina sendiri.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen