"Tengok motor lalu pun saya takut..." -20 tahun dalam penjara, bekas banduan akui terkejut dengan keadaan semasa

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pastinya melakukan kesilapan, namun jangan sesekali pandang rendah terhadap orang lain, boleh jadi hidup mereka di masa hadapan akan lebih hebat berbanding kita.

Pasti rata-rata antara kita kurang mengtahui akan kes Al-Maunah yang telah berlaku pada 20 tahun lepas.

Bagaimanapun, kini salah seorang daripada ahli kumpulan terbabit telah dibebaskan berikutan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena Hari Kebangsaan ke-63.



Menerusi laporan Bernama, selepas 20 tahun berpisah dengan dunia luar, bekas banduan yang mahu dikenali sebagai Ahamd itu mengakui agak kekok dan terkejut dengan keadaan semasa yang jauh berbeza dengan dahulu.



Bezanya selepas 20 tahun berlalu

Bukan sahaja tidak biasa dengan cahaya matahari, bekas banduan berusia 49 tahun itu juga meluahkan rasa takut untuk membawa motosikal berikutan banyak kenderaan di atas jalan raya.

"Bayangkan daripada kawasan hutan pada 20 tahun lalu, kini dipenuhi rumah. Saya nak bawa motosikal pun rasa takut sebab banyak betul kereta dan lori atas jalan. Bukan macam dulu… televisyen sekarang pun banyak yang dah 'kurus' (skrin nipis). Motosikal pun dah canggih tak perlu dihidupkan guna kaki,” – ujarnya.

Menurut bekas banduan itu, apa yang membuatnya gembira adalah melihat betapa ramainya anak saudara hinggakan dia masih ragu-ragu akan jumlahnya.

"Apa yang membuatkan saya tersenyum tentunya melihat betapa ramainya anak saudara… sampai hari ini saya masih ragu-ragu dengan jumlahnya. Mungkin lebih daripada 15 orang sedangkan ketika saya tinggalkan keluarga, hanya ada lima orang sahaja," katanya.

Mengimbas kembali detik pembebasan, Ahmad menyatakan bahawa dirinya dipanggil oleh pegawai penjara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan diminta membaca sepucuk surat.



Tak sangka rayuan diperkenan

Bagaikan tidak menyangka, selepas 4 kali rayuannya ditolakkan namun rayuan kelima ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan segera dia membuat sujud syukur ketika itu.

Jelasnya, ketika malam terakhir di dalam penjara, dia merasakan begitu panjang hingga tidak dapat melelapkan matanya.



Dijamu durian sebelum keluar

Malah, pada hari terakhir sebelum dia melangkah keluar dari pintu besi itu, dirinya sempat berjumpa pegawai penjara sebelum dijamu makan durian.

"Pada hari terakhir, sebelum melangkah keluar dari pintu besi, saya dibawa berjumpa pegawai penjara. Di situlah saya dijamu makan durian. Ia adalah hadiah untuk pembebasan saya. Ketika itu jugalah air mata saya mengalir laju. Sudah 20 tahun tidak merasa enaknya durian," kongsinya.

Tambahnya, dia juga turut disambut gembira oleh kaum keluarga dan rakan terdekat malah surau dekat rumahnya juga mengadakan kenduri kesyukuran menyambutnya pulang.

Ahamd juga menyatakan bagi memastikan nilai positif pada dirinya terus kekal, Ahmad yang pernah meraih perhatian ramai kerana kehebatannya khatam al-Quran sebanyak 165 kali ketika di penjara berkata, beliau akan meneruskan amalannya membaca al-Quran pada setiap hari seperti di penjara.

"Saya benar-benar terharu atas pembebasan ini. Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya yakin apa yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan amalan saya di penjara, termasuk doa yang tidak putus daripada keluarga," katanya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen