Suami buat kejutan 'makan dekat luar' dengan isteri, ramai 'simpati' nasib isteri

Suri rumah sepenuh masa. Mereka adalah insan yang kuat mental dan fizikal. Hal ini adalah kerana mereka perlu menghadap karenah anak-anak dari mula mereka celik mata sehinggalah mereka tidur. 

Tugas mereka tidak hanya terhenti di situ, para suri rumah juga perlu uruskan semua perihal yang berkaitan dengan rumah dan juga suami sehingga tanpa kita sedar ada segelintir suri rumah di luar sana mengalami tekanan dek kerana terlalu penat.

Justeru itu, mereka perlu dibantu. Bagi mereka cukuplah dengan hanya membantu mereka dengan meringankan tugas-tugas kerja rumah atau mengajak mereka makan di luar. Kelegaan di hati hanya mereka yang tahu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna TikTok yang bergelar Cik Siti ini pasti kita dapat gambarkan betapa bahagianya isteri di luar sana apabila sang suami mengajaknya untuk makan di luar.

'Sayang jom makan dekat luar.'

 

Suami buat kejutan di luar jangkaan

Dek kerana terlalu bahagia apabila sang suami mengajaknya makan di luar, dia terus bergegas ke bilik untuk bersiap termasuklah menyiapkan kelengkapan anak kecil mereka.

Seusainya bersiap, dia terus mendapatkan suaminya di luar balkoni dan kelihatan sang suami sedang mempersiapkan hidangan di atas meja untuk mereka makan bersama. Suaminya hanya mampu ketawa ketika itu melihat kesungguhan isterinya yang sepertinya sangat berharap bahawa mereka akan keluar untuk makan.

'Adoi sabar jelah, nak bersiap tu bukan sekejap tau.'

Video berkenaan mendapat pelbagai komen dan rata-ratanya pernah mengalami situasi yang sama sepertinya. Nak-nak pula sejak pandemik ni memang bermacam-macam gelagat kita dapat lihat oleh ahli rumah tidak kiralah dari kalangan anak-anak ataupun ibu bapa, masing-masing sudah mulai rindu akan hal-hal yang sudah terbiasa dilakukan iaitu pergi membeli belah,makan di luar bersama keluarga serta kawan-kawan dan sebagainya.

 

Namun apakan daya, semoga ada hikmah di atas apa yang sedang menimpa seluruh dunia ketika ini dan menjadi antara asbab semakin eratnya lagi hubungan kekeluargaan.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen