Kantoi main TikTok depan isteri, lelaki ini buka jurus silat sumbang bikin warganet terhibur

Oleh: Zuzu Yasmine

Aplikasi TikTok kini mula mendapat tempat dalam kalangan orang ramai. Kalau dulu, aplikasi ini dianggap sebagai tempat berjoget namun kini penuh dengan ilmu dengan perkongsian hidup.



Baru-baru ini tular akan seorang pengguna aplikasi ini yang dikatakan baru berjinak-jinak untuk bermain TikTok tanpa pengetahuan isterinya.

Baru cuba nak buka langkah

Menurut video yang dimuat naik oleh Cikgu Charms ini, memaparkan seorang lelaki yang berkain pelikat sedang cuba membuka langkah menari.

Namun, baru sahaja mula membuka langkah untuk menunjukkan tariannya, tiba-tiba dia didatangi isterinya dari arah belakang sambil memerhatikan gerak geri suaminya itu dengan pandangan sinis.



Terus bertukar silat sumbang

Tersedar akan kelibat isterinya itu, lelaki berkenaan dengan spontan membuka langkah dan bersilat seperti tiada apa-apa yang berlaku.



Selepas merasakan dia berjaya ‘cover’ apa yang dilakukan, dia pun menghentikan rakaman sambil isterinya tersenyum di belakang dan masih tidak berganjak.



“Belakang bini bukan main”

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-rata terhibur akan gelagat lelaki berkenaan, malah turut berseloroh bahawa silat yang dikeluarkan itu sumbang dan tersilap langkah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen