Kanak-kanak berusia setahun dua bulan didera ibu dan bapa angkat

Kes penderaan kanak-kanak kini menjadi antara isu yang dipandang serius dalam kalangan masyarakat kita.

Hal ini adalah kerana sebarang penderaan dan keganasan yang dilakukan adalah dianggap tidak  sepatutnya terjadi terutamanya melibatkan kanak-kanak sehingga boleh membawa kepada kes pembunuhan.

Penderaan kanak-kanak setahun dua bulan

Hari ini kita telah dikhabarkan sekali lagi berkenaan dengan kes penderaan terhadap seorang kanak-kanak.

Kejadian yang berlaku di Kok Lanas, Kelantan itu melibatkan sepasang suami isteri yang berusia 26 dan 31 tahun yang didapati mendera anak angkat mereka yang berusia setahun dua bulan.

Kanak-kanak malang itu dilaporkan telah didera pasangan terbabit pada tahun lalu sebelum mereka ditahan pihak polis di tempat kediaman mereka pada jam 1 pagi tadi.

Kecederaan yang serius

Kanak-kanak perempuan malang itu didapati mengalami kecederaan yang banyak pada badan, muka, dahi, tangan dan bengkak peha sehingga ibu bapa kandungnya perlu membawanya ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan selanjutnya.

"Kecederaan itu dikesan ibu kandung mangsa berusia 33 tahun apabila menemukan parut pada anggota badan sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan di daerah Besut."

"Kanak-kanak itu kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu sebelum pihak hospital melaporkan kes berkenaan kepada polis."

-Ketua Polis Kota Bharu-

Manusia tak bertanggungjawab

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, hasil siasatan mendapati kanak-kanak terbabit telah diserahkan kepada kedua-dua suspek yang juga keluarga angkatnya pada Ogos tahun lalu.

Namun telah diserahkan semula kepada ibu bapa kandungnya di Besut, Terengganu pada November tahun lalu dan telah menemukan kesan penderaan itu terhadap anaknya.

Tambahnya lagi, ujian saringan air kencing juga mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta kanak-kanak 2001 dan telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 7 Februari.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen