Bakat lakonan Hanna Delishah dipuji, walaupun tanpa adegan bersentuhan lakonan tetap menjadi

Baru-baru ini, sebuah drama arahan Pali Yahya telah ditayangkan di kaca televisyen yang mana pelakonnya terdiri daripada barisan pelakon hebat tanah air iaitu Hanna Delishah, Aeril Zafrel, Nadiyah Sahab, Izzue Islam dan ramai lagi.

Namun siapa sangka gandingan Hanna Delishah dan Aeril Zafrel yang memegang watak utama di dalam cerita itu telah mencuri perhatian rata-rata penonton yang sentiasa mengikuti perkembangan cerita yang bertajuk 'Tercipta Satu Ikatan' ini.

'Kali pertama saya berlakon dengan Hanna'

Bagi peminat kepada dua pelakon itu pastinya mereka perasan drama itu merupakan drama pertama Aeril dan Hanna bergandingan.

Meskipun begitu, Aeril mengakui bahawa dia selesan bekerjasama dengan Hanna yang dianggap profesional dan tidak banyak karenah.

"Ini adalah kali pertama saya berlakon dengan Hannah. Alhamdulillah semua okey cuma saya tak boleh bersentuhan dan Hannah pula baru bertudung."

-Aeril Zafrel-

Dia(Hannah Delishah) boleh pergi jauh

Selain mengagumi cara kerja Hannah, Aeril juga mengakui bahawa Hannah seorang pelakon yang mampu pergi lebih jauh dalam industri lakonan tambahan pula dia mempunyai pakej yang lengkap.

"Hannah memang boleh pergi jauh dalam industri ini. Pertama sekali pakej dia cukup. Dia cantik dan orang suka tengok dia."

-Aeril Zafrel-

Di samping itu, hero drama tersebut turut berkesempatan menitipkan pesan buat Hannah supaya perlu pandai jaga diri bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara negatif sepanjang berada di dalam industri seni ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen