Kemeriahan Tahun Baru Cina tetap dirasai, pematuhan SOP sentiasa jadi keutamaan

Memasuki tahun 2021 ternyata wabak Covid-19 ini dilihat tidak menemui noktahnya apabila jumlah kes baharu yang dicatat terus mencanak naik dari hari ke hari.

Hampir seluruh rakyat terkesan dengan musibah ini sehingga kita terpaksa menjalani hidup dengan mengamalkan norma baharu dan apa yang lebih sayu lagi apabila banyak perayaan tahunan tidak dapat dilakukan secara besar-besaran seperti sebelum ini dan antaranya adalah Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan tidak ketinggalan juga sambutan Tahun Baru Cina.

SOP jadi keutamaan

Menerusi sidang media secara atas talian dari Datuk Teng Chang Khim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan Industri Kecil dan Sederhana adalah diiingatkan supaya penganut kaum Tionghua di negeri Selangor terutamanya yang bakal meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada 12 dan 13 Februari ini untuk sentiasa mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Hal ini adalah kerana bimbang dengan peningkatan kes di negeri Selangor yang setiap hari terus memegang rekod tertinggi kes baharu.

"Kerajaan Selangor amat khuatir masih terdapat ramai yang enggan dan tidak mahu patuhi SOP berdasarakan saman yang dikeluarkan setiap hari."

-Datuk Teng Chang Khim-

Perayaan masih boleh dilakukan

Meskipun begitu, perayaan Tahun Baru Cina masih boleh disambut tetapi hanyalah dalam keadaan yang sederhana memandangkan kita telah terbiasa dengan mengamalkan norma baharu sejak tahun lalu.

"Saya juga percaya, kerajaan Persekutuan akan benarkan perhimpunan kecil dalam anggota keluarga, tapi saya harap patuhi SOP walaupun dibenarkan."

-Datuk Teng Chang Kim-

Banyak aktiviti yang dirancang

Susulan perkara tersebut, menurut beliau lagi terdapat pelbagai program istimewa yang telah disusun menjelang perayaan itu nanti. Ia diterbitkan melalui portfolio beliau dan Invest Selangor Berhad dengan bertemakan 'Tahun Baru, Harapan Baru' yang akan disiarkan menerusi media dalam talian pada 12 Februari depan.

"Kaedah ini dilaksanakan kerana kes Covid-19 yang masih tinggi di Selangor dan risiko penularan wabak ini yang tinggi sekiranya acara tahunan negeri ini dijalankan secara fizikal."

-Datuk Teng Chang Kim-

Semangat perpaduan masih dipupuk

Tambah beliau lagi, program ini bukan sahaja hanya tertumpu kepada bangsa cina bahkan masyarakat Melayu, India dan lain-lain juga dapat menonton persembahan yang disediakan sepanjang program berlangsung.

Selain menyaksikan persembahan, orang ramai turut dialu-alukan untuk menyertai pertandingan yang dilancarkan bermula pada 24 Januari yang lalu iaitu 'Kempen Tahun Baru Cina Ucap & Menang' di laman media sosial sehingga 3 Februari ini.

'Tahun Baru, Harapan Baru'

Di kesempatan itu, Datuk Teng Chang Kim turut berkongsikan kepada media berkenaan slogan perayaan mereka pada tahun ini yang berbunyi 'Tahun Baru, Harapan Baru'.

Menurut beliau, slogan tersebut dipilih bersesuaian dengan suasana pandemik Covid-19 kerana semua orang mengharapkan dapat bebas dari kesukaran dan kerumitan sejak setahun lalu.

"Sejak setahun lalu, ramai hilang kerja, kehidupan terjejas, banyak kekeceaan berlaku. Jadi masuk tahun baru semua ada resolusi baru dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik akan menyusul. Tema ini amat tepat dan sesuai."

-Datuk Teng Chang Kim-

Walau apapun yang sedang melanda dunia sekarang ini, perayaan masih tetap boleh dilakukan meskipun dalam keadaan yang sederhana dan sentiasa patuhi SOP yang telah ditetapkan. Kini kitalah penentu masa depan negara bagi memerangai wabak Covid-19 ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen