6 bulan tunggu namun Covid-19 masih belum berakhir, pasangan pengantin nekad kahwin 'online'

Umum mengertahui bahawa wabak Covid-19 ini sangat cepat merebak, justeru itu sejak ia melanda negara kita, pelbagai aktiviti keramain sangat tidak digalakkan.

Sejak peristiwa itu, maka terwujudlah norma baharu dalam budaya pernikahan kita yang mana istilah itu disebut sebagai pernikahan secara atas talian(online) yang dilihat lebih selamat dilakukan untuk pasangan pengantin yang ingin mendirikan rumah tangga.

Pandemik tiada penghujung

Sehingga hari ini, pernikahan atas talian masih terus dilaksanakan oleh bakal pengantin di luar sana apabila melihat wabak ini sepertinya tidak bertemu jalan kesudahannya.

Susulan kejadian itu, pasangan pengantin baru ini juga telah melakukan hal yang sama iaitu melangsungkan majlis akad nikah secara vitual di kediamannya dengan kehadiran keluarga sahaja.

'Kita hanya mampu merancang'

Buat pasangan pengantin yang bakal berkahwin sudah semestinya mereka mempunyai pelbagai perancangan yang sudah diatur mulai daripada tetamu jemputan, katering, tema pelamin dan sebagainya tetapi di saat mengenangkan keadaan yang tidak mengizinkan ini, semuanya tidak menjadi.

Begitulah nasib yang dihadapi oleh wanita yang bernama Nurul Nuha, 26 dan pasangannya Mohammad Iqbal Saufi Abd Halim, 28 apabila terpaksa bernikah secara virtual.

"Hampir enam bulan menunggu untuk disatukan dan akhirnya kami reda dengan majlis akan nikah 'online' walaupun perancangan keluarga sebaliknya."

-Nurul Nuha-

Tidak mahu tangguh lagi

Menurut pengantin perempuan berkenaan, keputusan itu dibuat adalah berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Selain itu mereka juga telahpun menjalani ujian saringan HIV sebanyak dua kali kerana sudah tamat tempoh dan bersetuju untuk meneruskan majlis akad nikah walaubagaimana cara sekalipun memandangkan persiapan juga sudah dibuat.

Selamat diijabkabulkan

Pasangan pengantin yang sepatutnya melangsungkan pernikahan pada bulan Ogos tahun lalu telah selamat diijab kabulkan pada hari Jumaat yang lalu dengan dipantai dan dimbimbinh oleh Jurunikah Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang iaitu Mohammad Farid Ahmad secara dalam talian.

"Semua perancangan dibuat pada saat akhir kerana kami mengetahui SOP akad nikah 'online' iti pada isnin dan jumaat pula tarikh nikah yang dipilih. Saya bersyukur semua perancangan akhirnya dipermudahkan walaupun banyak halangan dilalui dalam menjadikan hubungan kami halal."

-Nurul Nuha-

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen