Raih simpati orang ramai dengan taktik 'gula-gula', Individu ini dedah perkara sebenar suku Bajau Laut

Nama Ebit Lew terus menjadi bualan masyarakat sejak kebelakangan ini. Sifatnya yang suka membantu golongan yang memerlukan sewajarnya mendapat pujian.

Semalam, Ustaz Ebit lew terus melakar sejarah apabila dia berjaya membawa komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Semporna Sabah memeluk islam.

Individu dedah pola sebenar kehidupan masyarakat berkenaan.

Namun begitu, satu posting di laman Facebook milik Abu Muhammad Al-Izz yang juga merupakan penduduk di Semporna itu telah mencuri perhatian orang ramai apabila dia mendedahkan kehidupan sebenar masyarakat tersebut.

Taktik 'gula-gula' jadi kebiasaan

Selain menyatakan bahawa majoriti kaum di situ adalah islam, dia turut berkongsi serba sedikit cerita berkenaan dengan taktik 'gula-gula'. Gula-gula yang dimaksudkan di sini adalah bantuan. Mereka akan gunakan taktik ini dari orang ramai untuk meraih simpati di jalanan sambil mendukung anak kecil.

Bukan sahaja untuk meraih simpati bahkan mereka juga akan melafazkan 'syahadah' sesudah mendapat bantuan dari orang ramai dan perkara itu terus berulang.

'Teruskan buat kerja amal'

Di samping itu, Abu juga turut menitipkan ucapan terima kasih buat Ustaz Ebit Lew serta badan-badan NGO lain di atas usaha mereka bagi membantu golongan seperti mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen