Tiada lagi watak 'Atan', Jamali Shadat meninggal dunia

Oleh: Zuzu Yasmine

Satu khabar duka buat peminat pelawak 'stand up' komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, dikatakan telah meninggal dunia, 8.30 pagi, hari ini.



Menerusi laporan Harian Metro, perkara tersebut dimaklumkan oleh cucunya Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31.

"Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Sebelum ini, keadaan Jamali uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.

Dikatakan Jamali amat terkesan dengan kematian isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, sehingga membuatkan dia kemurungan.



Menurut sumber, Allahyarham isterinya meninggal pada hari pertama Syawal selepas sebulan terlantar di hospital.

Allahyarham juga dikatakan pernah diserang angin ahmar, bagaimanapun pulih selepas dijaga oleh isterinya.

"Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk.

"Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ," kata Isyraq.


Tidak hanya itu, kejadian yang menimpa juga membuatkan Jamali amat terkesan kerana segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya sebelum ini diuruskan oleh isterinya.

"Selepas itu... dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya, Fauzi dan mereka menjaganya," kata Isyraq lagi.

Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Untuk makluman, Allahyarham merupakan pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama 'Atan' bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen