Item dicuri, pengguna kurier J&T luah rasa kecewa staff tak amanah jalankan tugas

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sebelum ini tular seorang pengguna meluahkan rasa kecewa akan perkhidmatan kurier J&T selepas bungkusan yang diterimanya rosak, namun perkara tersebut telah diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, perkara yang sama terjadi pada gadis ini apabila turut meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan kurier berkenaan yang dikatakan tidak tulus.

Staff curi 5 item serbuk asam

Menerusi laman Twitter, gadis yang dikenali sebagai Farah Atika ini meluahkan rasa kecewa apabila menyatakan bahawa staff perkhidmatan kurier berkenaan tidak amanah dalam menghantar barang.



Menurutnya, dia tidak boleh sabar lagi memandangkan ini kali keempat dia terkena akan perbuatan yang sama malah terpaksa menanggung kerugian akan perkara tersebut.



Soletip diganti

Jelasnya, dia menggunakan soletip fragile bagi memastikan barang yang dihantar itu dalam keadaan baik, namun penerima menerima dalam keadaan sebaliknya malah soletip juga sudah berubah.

Farah Atika juga menyatakan bahawa dia telah membuat aduan kepada pihak pengurusan kurier berkenaan namun semuanya menghampakan dirinya.



Ikut keinginan pelanggan

Tambahnya, dia menggunakan perkhidmatan ini disebabkan kemahuan pelanggannya sedang dia sudah serik berkali-kali terkena dengan kurier berkenaan.

Dah serik

Apa yang lebih kesal lagi, Farah Atika juga menyatakan bahawa dia adalah pelanggan VIP kurier berkenaan namun layanan yang diperolehi sangat tidak memuaskan.



Sehubungan dengan itu, Farah Atika berharap pihak berkenaan akan mengganti semua kerugian yang terpaksa ditanggung sendirian selama ini.



Terima nasib yang sama

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata meluahkan rasa bimbang akan keadaan barang mereka.

Bahkan, warganet juga turut berkongsi beberapa pengalaman yang hampir sama dengan nasib gadis tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen