Sebak tengok kekasih hati jadi milik orang, pemuda peluk & sujud bakal mertua tak jadi

Oleh: Zuzu Yasmine

Ujian dalam percintaan, walaupun bertahun-tahun berjanji setia, siapa sangka akhirnya menjadi milik orang lain.

Tidak kiralah apa yang pernah dijanjikan, bila mana kata itu bukan jodoh maka terpaksa berlapang dada menerima ketentuan yang telah dirancang sebaiknya oleh-Nya.



Itulah yang dialami pemuda ini apabila terpaksa terima haikat bahawa kekasih hatinya kini telah pun sah bergelar isteri orang.

Peluk sebak bakal mertua tak jadi

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pengguna yang dikenali sebagai Tiiya memaparkan seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang memeluk ibu bapa pengantin.



Difahamkan, pemuda berkenaan datang lalu bersujud menangis di kaki bakal mertuanya yang tidak jadi itu sebelum berbalas pelukan.

Berdasarkan video tersebut, dapat terlihat seolah-olah kedua bakal mertua yang tidak jadi itu begitu memahami perasaan lelaki berkenaan pada ketika itu.



Lebih sedih lagi, apabila tangisan tersebut disaksikan sendiri oleh bekas kekasihnya yang sudah pun menjadi milik orang lain di atas pelamin.

"Wanita inginkan kepastian..."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut merasakan sebak malah menyatakan bahawa pengantin wanita berkenaan tentunya sudah penat menunggu sesuatu yang tidak pasti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen