Suami tergamak bakar isteri hidup-hidup selepas hubungan sulit 'terkantoi'

Oleh: Zuzu Yasmine

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri. Namun hal tersebut boleh menjadi satu keganasan dalam rumah tangga sekiranya salah faham tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Dibakar oleh suami

Malang nasib seorang wanita di Deli Serdang, Sumantera Utara ini apabila dirinya menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri.



Menerusi laporan Tribun News, wanita yang berusia 20 tahun itu dikenali sebagai Ra telah dibakar hidup-hidup oleh suaminya bernama Junanda berusia 21 tahun.

Kantoi curang

Difahamkan, suaminya kantoi berlaku curang dengan membawa pulang kekasih gelap ke rumah mereka.



Cemburu akan perkara itu, pasangan ini bertengkar sebelum suaminya berang dan bertindak membakar Ra sehingga mengalami 70% luka akibat terbakar.



Cubaan melarikan diri

Menurut sumber, ketika kejadian berlaku si suami cuba untuk melarikan diri apabila isterinya menjerit meminta pertolongan dari jiran, bagaimanpun berjaya ditangkap dan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan kerana Junanda cuba mencederakan anggota polis.

Pasangan ini juga dikatakan telah mendirikan rumah tangga selama empat tahun.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen