Tak tinggal solat walaupun bersuamikan 'Mat Salleh', penerbit puji Lana Nordin

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai yang kenal akan pelakon Lana Nordin yang telah mendirikan rumah tangga dengan permain bola tampar dari Amerika Syarikat pada tahun 2015 lalu.

Lana dan suaminya, David McKienzie memiliki dua orang cahaya mata iaitu Gia Quinn dan Daud William McKienzie.



Walaupun suaminya merupakan seorang mualaf, namun minat untuk mendalami agama Islam sememangnya satu perkara yang dipuji oleh ramai orang, malah Lana sendiri turut menunjukkan contoh yang baik dalam melaksanakan ibadah.



Terbaru, seorang penerbit filem terkenal iaitu Datuk Ayu Puteh telah memuat naik satu video yang memaparkan Lana sedang menunaikan khusyuk solat.



Malah, Datuk Ayu Puteh juga memuji akan tindakan Lana yang dikatakan tetap menjaga solatnya walaupun bersuamikan ‘Mat Salleh’.

Menurut penerbit berkenaan, sebelum menunaikan solat Lana terlebih dahulu meminta izin untuk mengambil wudhuk.



Sehubungan itu, Datu Ayu Puteh juga meluahkan sedikit kekesalannya melihat sesetenagh individu yang mempunyai suami Melayu namun tidak mendidik isteri dengan baik.

“Masyallah..yang ada laki melayu pun tak tau nak didik Isteri ..isteri pandai2 lah bawak diri ni hah Isteri look mat salleh sebab laki dia mat salleh Amerika..Tapi, Subbhanallah. Bukan saya Gayat atau nak judge.. erm Fakta kan?” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan tindakan pelakon tersebut malah turut menyatakan bahawa akan usaha Lana dalam membantu suaminya memahami agama dengan lebih mendalam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen