Sebak dapat kejutan dari anak, emak hampir gadai emas untuk beli telefon baru

 

Tidak terbalas rasanya segala pengorbanan ibu buat anak-anak bermula dari fasa mengandung sehingga melahirkan. Segala penat lelah yang mereka rasakan tidak pernah ditunjukkan kepada anak-anak.

Namun sebagai anak wajar untuk kita menghargai segala jasa dan pengorbanan seorang insan yang bergelar ibu.

Begitulah yang dilakukan oleh seorang gadis yang dikenali sebagai 'bebo' buat ibunya. Menerusi video yang dimuat naik olehnya adalah dia bercerita tentang ibunya yang perlukan telefon baru sehingga sanggup ingin menggadai emas.

Emak mengadu telefon asyik 'hang'

Gadis itu memberitahu bahawa emaknya asyik mengadu telefon mengalami masalah, mungkin kerisauan di hati terasa jika tidak dapat berhubung dengan anak-anak yang jauh nanti.

Justeru itu, emaknya nekad ingin membeli telefon dan menyuruhnya untuk menggadaikan emas supaya dapat membeli telefon yang baru.

Kejutan buat emak

'Semoga murah rezeki awak!'

Video yang meraih ribuan komen dan tontonan itu membuatkan ramai yang terkesan. Mereka juga turut mendoakan supaya dia dimurahkan rezeki di atas perbuatan murninya itu kepada ibu tercinta.

Tak semua dalam kalangan kita ini berpeluang untuk berbakti kepada ibu bapa. Justeru itu, selagi mereka masih hidup ini berusahalah untuk membahagiakan mereka dan menikmati masa-masa terluang bersama.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen