"Uzair cinta pertama saya...." -Elisya Sandha

Pelakon Elisya Sandha telah selamat menjadi tunangan kepada Uzair Haqimy yang merupakan anak kepada seorang pengarah dan juga pelakon terkenal iaitu Sheila Rusly.

Sekitar majlis pertunangan yang dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, pihak media sempat menemu bual pelakon cantik dan berbakat itu tentang langkah hubungan mereka yang seterusnya.

Tempoh pertuangan dirahsiakan

Menurut pelakon filem Perjanjian Syaitan itu apabila ditanya berkenaan tempoh pernikahan mereka dan baginya itu adalah antara perkara yang dirahsikan.

"Buat masa sekarang, saya simpan dahulu soal itu. Namun, doa yang baik-baik. Apabila tiba masanya, perkara itu mesti dikongsi."

-Elisya Sandha-

Tambahnya lagi, dia memang sudah bersedia ke alam berumah tangga dan bergelar isteri. Elisya mengakui bahawa dia menanti detik itu.

Terpikat kerana sikapnya yang menyayangi keluarga

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa lelaki matang kini memang menjadi perhatian para gadis di luar sana. Lebih-lebih lagi apabila kaum lelaki ini sentiasa mendahului kebajikan mak ayah berbanding perkara lain.

Begitulah juga buat aktres wanita ini yang mengagumi akan sikap Uzair yang senantiasa menjaga dan menyayangi keluarganya

"Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik. In shaa allah. Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua."

-Elisya Sandha-

Uzair cinta pertama

Di kesempatan itu, Elisya turut mendedahkan bahawa Uzair merupakan cinta pertamanya sejak di bangku sekolah lagi.

Mereka berkenalan melalui Instagram pada tahun 2016 dan tambahnya lagi ketika itu jujur mengakui bahawa dia tidak pernah tahu bahawa Uzair merupakan anak kepada pelakon dan penerbit disegani.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen