Terus 'down' bila disahkan positif Covid-19, wanita menangis depan frontliner fikiran mak, ayah & suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Sudah setahun berlalu pandemik melanda dunia, kini sesiapa pun boleh menjadi mangsa wabak Covid-19 walaupun tidak mempunyai sebarang gejala.

Biasanya orang ramai akan melakukan ujian saringan apabila merasakan simptom-simptom wabak tersebut ada pada diri mereka seperti hilang deria rasa dan alami sakit tekak.



Bagaimanapun, setiap kali menunggu keputusan ujian saringan tersebut pastinya sangat mendebarkan sama seperti wanita ini.

Alami demam panas 

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, wanita yang dikenali Ayana ini menyatakan bahawa dirinya sudah beberapa hari mengalami demam panas, perit tekak serta sukar bernafas.

Merasakan seperti ia gelaja jamgkitan Covid-19, Ayana bertindak untuk melakukan ujian saringan di sebuah klinik untuk mengetahui keadaan dirinya.

Antigen dan PCR positif

Tidak sangka akan disahkan positif selepas melakukan ujian saringan tersebut, Ayana dengan spontan telah menangis kerana membimbangkan keadaan suami dan ibu bapanya yang sudah tua dan kurang sihat.



Bersimpati akan nasib Ayana, frontliner yang bertugas ketika itu memberi kata-kata semangat pada dirinya agar tidak merasa ‘down’ selepas disahkan positif.



Disamping itu juga, Ayana turut dinasihatkan agar membawa ahli keluarga serta contact rapat melakukan ujian saringan tersebut.

Mohon maaf dan doa

Dalam kesempatan itu, Ayana juga memohon maaf kepada contact rapatnya malah meminta untuk hadir melakukan ujian saringan serta mengharap doa ramai agar keluarganya terhindar akan wabak tersebut.

Sebak melihat keadaan itu, rata-rata warganet mendoakan kesembuhan wanita ini disamping mengharapkan agar Ayana terus kuat.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen