Ibu sara keluarga sebagai penghantar makanan, kini parah kaki kiri hancur

Oleh: Zuzu Yasmine

Menyara keluarga dengan berkerja sebagai penghantar makanan, seorang wanita terpaksa menanggung perit apabila kaki kiri hancur selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori dalam satu kemalangan di Jalan Lintas Labuk, semalam.



Memetik laporan Astro Awani, kerjadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu, wanita berusia 40 tahun itu dikatakan baru selesai menghantar pesanan di kawasan berkenaan.



Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bergerak dari arah Batu Lapan ke Taman Fajar.

Jelasnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai dirempuh oleh sebuah lori dari arah belakang.

“Akibat rempuhan, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki kiri lalu dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk menerima rawatan lanjut.

“Pemandu lori berusia 59 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen