Ambil menu hidangan ikan haruan terlebih awal, ibu alami masalah dan ovari terpaksa dibuang

Petua memakan ikan haruan amat dikenali dalam kalangan ibu-ibu mengandung yang berkeupayaan menyembuhkan luka dalaman serta luaran khususnya buat mereka yang baru menjalani proses pembedahan.

Namun tanpa kita sedar ia telah membawa padah apabila seorang wanita yang baru sahaja bersalin secara caesarean terpaksa menjalani pembedahan sekali lagi untuk proses pembuangan rahim pula.

Sakit bahagian kanan perut

Cerita sedih itu telah dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Syafiqah di laman akaun Facebook miliknya baru-baru ini.

Dia mengalami ketidakselesaan pada bahagian kanan perutnya selepas 15 hari melahirkan anak keduanya melalui kaedah pembedahan.

 

Terpaksa buang ovari

Lebih meruntun hati, Syafiqah telah diberitahu oleh suaminya bahawa pembedahan itu bukan sahaja bagi membuang masalah apendiks yang dihadapi olehnya bahkan juga bagi membuang sebahagian daripada ovari dan juga tube.

Menyedari akan hal itu, Syafiqah mendapati semua yang terjadi berpunca daripada cara pengambilan makanan hariannya ketika berpantang. Dia mengakui bahawa tidak sepatutnya dia mengambil ikan haruan sebagai menu untuknya dalam pantang terlebih awal.

Masih berpeluang timang zuriat

Namun begitu, dia bersyukur kerana menurut doktor, dia masih ada peluang untuknya menimang cahaya mata lagi jika diberi rezeki kerana sebelah ovarinya masih elok.

Walau bagaimanapun Syafiqah kini masih berperang dengan sakitnya apabila sumber menyatakan bahawa dia masih lagi berada di Unit Rawatan Rapi kerana paru-parunya dijangkiti kuman.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen