Sebulan lepas viral kisah cari makanan di tong sampah, Ibu anak empat ditahan ambil pil kuda

Sebulan lepas, video seorang wanita yang mencari makanan di tong sampah bersama tiga kanak-kanak telah tular di laman sosial. Video itu telah mendapat perhatian ramai apabila sepasang suami isteri telah menghulurkan bantuan kewangan kepada wanita tersebut.

Ditahan polis kerana ambil dadah

Namun wanita tersebut telah ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di rumahnya di Kampung Baru Nelayan pada hari ini menerusi sebuah serbuan oleh agensi tersebut. 

Ibu kepada empat cahaya mata berusia 36 tahun itu ditahan bersama adik lelakinya berusia 34 tahun dan ketika ditahan, wanita terbabit dalam keadaan khayal dadah dipercayai baru sahaja mengambil pil kuda.

Alami tekanan perasaan dan masalah kewangan sebab ambil pil kuda

Menurut Harian Metro, wanita itu mengaku bahawa dia mengambil pil kuda kerana mengalami tekanan perasaan kerana ditinggalkan suami sejak lebih dua tahun lalu. 

"Saya mengaku sudah lama mengambil pil kuda, tetapi berhenti sejak mengandung anak bongsu lebih dua tahun lalu. Namun, kini saya kembali menagih kerana tekanan hidup. Banyak masalah dihadapi termasuk memikirkan suami yang entah ke mana menghilang, kemiskinan hidup dan masyarakat sekitar sentiasa memandang serong terhadap saya sekeluarga."

Dapat wang beli dadah hasil jual besi buruk

Wanita itu juga mengaku dia mendapat wang untuk membeli dadah daripada hasil menjual besi buruk. Setelah ditahan wanita itu akan disiasat mengikut Seksyen 8 (3) (a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 dan kesemua yang ditahan akan menjalani rawatan pemulihan di pusat pemulihan dadah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen