Remaja sengaja 'wheelie' motor sehingga lelaki tua jatuh ke belakang cetus kemarahan warganet

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai yang lebih muda, tentunya perlu menghormati kepada mereka yang lebih berusia. Bagaimanapun ketika ini segelintir golongan muda seolah-olah sudah lagi tidak mempedulikan akan perkara sebegini.

Baru-baru ini, tular di media sosial akan satu video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter m1nnnt akan video seorang remaja yang dikatakan sengaja menganiya seorang lelaki tua ketika sedang membonceng motosikal.



Difahamkan, rakaman berdurasi 20 saat itu dirakam bersama gelak ketawa oleh sekumpulan remaja lain yang dipercayai rakan kepada remaja yang menunggang motosikal tersebut.



Menerusi video tersebut memaparkan seorang remaja tidak berbaju seakan mengajak lelaki tua berkenaan menaiki motosikal bersamanya.


Namun, ketika sedang berusaha duduk di motosikal tersebut, dengan sengaja remaja berkenaan mengangkat tayar depan motosikalnya sehingga lelaki yang berusia itu jatuh ke belakang.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian dari warganet yang merekakan tindakan remaja berkenaan adalah sesuatu yang kurang bermoral, selain bersimpati akan lelaki tua tersebut yang jatuh dan berkemungkinan mengalami kesakitan.



Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dinyatakan dan hanya diberitahu kejadian tersebut berlaku di satu daerah di Terengganu, berdasarkan capaian pengguna Twitter berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen