Pernah menangis kerana perpisahan, Instafamous tak sangka bertemu jodoh dengan kenalan rapat

Oleh: Zuzu Yasmine

Tentu ramai yang masih ingat akan personaliti media sosial Farah Fakhira yang memberi inspirasi kepada pasangan sudah bercerai untuk tidak menyimpan dendam serta menjadikan perpisahan itu sebagai peluang memperbaiki diri.



Sebelum ini Farah telah berkongsi gambar depan mahkamah selepas berpisah dengan bekas suaminya tahun lalu.

Terbaru, Farah dikatakan telah selamatkan mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka yang telah lama dikenalinya.

Farah dan Zaidul Ariff disatukan dengan majlis yang sederhana dan diraikan bersama keluarga terdekat berikutan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) 2.0 yang masih dilaksanakan.


Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram, Farah dan Ariff terlihat sedondon dengan busana putih pada 6 Februari lalu.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri dengan bapa Farah sendiri, malah dengan hanya sekali lafaz mereka sah bergelar suami dan isteri.

Justeru itu, tidak semua perpisahan itu menyakitkan, mungkin sinar selepas itu yang membuat kebahagiaan itu kekal selamanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen