"Jangan pukul ibu..." - Dengar jeritan kesakitan dari rumah jiran, wanita bertindak buat laporan polis

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan yang berkahwin tentunya mahukan rumah tangga yang bahagia dan harmoni, namun menjadi kebimbangan para wanita adalah takut menjadi mangsa keganasan rumah tangga yang dizalimi oleh suami sendiri.

Kebanyakan mangsa memilih untuk berdiamkan diri kerana tidak mahu suami ditahan oleh pihak polis dan membuatkan keadaan rumah tangga menjadi lebih parah.

Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, seorang wanita telah tampil membuat laporan polis selepas mendakwa jirannya dizalimi oleh suami sendiri.

Video yang dikongsikan oleh Miss Janda, telah menyatakan bahawa dia terdengar akan suara jirannya menjerit menahan kesakitan dipercayai dipukul oleh suaminya.

Wanita berkenaan juga turut membuat ugutan kepada lelaki berkenaan untuk membuat laporan polis sekiranya masih memukul isterinya malah turut mempersoalkan tindakan lelaki berkenaan yang sepatutnya menjadi pelindung bukan sebaliknya.



Malah, dakwaan tersebut bertambah kuat apabila anak kepada jirannya turut menjerit supaya ayahnya tidak lagi memukul ibunya.



Bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk, wanita berkenaan membuat laporan polis agar perkara tersebut tidak berterusan.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji akan tindakan wanita berkenaan yang dikatakan melakukan perkara yang betul dalam membantu jirannya.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen