Setelah 23 tahun beroperasi, NTV7 bakal diganti dengan DidikTV KPM

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ramai yang mempunyai kenangan dengan NTV7 ini, lebih-lebih lagi pada hujung minggu pada pukul 7 – 8 malam. Rancangan kanak-kanak yang sememangnya menggamit memori.

Bersiaran sejak 7 April 1988, Natseven TV Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai NTV7 akhirnya ‘mengundur diri’ bagi memberi laluan kepada saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM bermula Khamis ini.



Menurut Harian Metro, DidikTV KPM yang akan bersiaran bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam setiap hari, merupakan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua murid di seluruh negara.

DidikTV juga akan menyiarkan program yang diterbitkan khusus berteraskan kurikulum dan kokurikulum KPM yang akan membantu anak-anak lebih fokus semasa  pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).



Siaran DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di Astro dan saluran ntv7 di TV UNIFI.



Saluran berkenaan akan menyiarkan berita mengenai dunia pendidikan, program bercorak didik hibur serta kandungan yang dihasilkan oleh murid selain program antarabangsa yang bersesuaian.

Dalam pada itu, pengacara dan pelakon, Sarimah Ibrahim, turut meluahkan rasa sedih dan terima kasih diatas semua kenangan sepanjang perkidmatannya di stesen TV itu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen