Pergerakan melebihi radius (10km) dibenarkan kecuali merentas negeri

Terdahulu, seperti semua sedia maklum hampir 13 buah negeri termasuk Sabah telah dilaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali Negeri Sarawak sehingga 18 Februari 2021.

Setelah hampir tamat tempoh tersebut, kerajaan melakukan sekali lagi pindaan semasa dengan mengambil kira kepentingan banyak pihak berikutan pelaksanaan PKP baru-baru ini melalui sidang media hari ini yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Menteri Pertahanan (Kluster Keselamatan).

Pergerakan melebihi 10 km

Namun, hari ini satu pengumuman telah dikeluarkan melalui sidang media yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri bahawasannya kerajaan telah memutuskan pergerakan melebihi radius 10 kilometer dari lokasi.

Susulan kenyataan itu, beliau turut memaklumkan pergerakan 10km yang dibenarkan itu adalah merangkumi semua negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Selepas mengambil kira keputusan kerajaan sebelum ini membenarkan banyak sektor perniagaan dibenarkan beroperasi, adalah tidak releven untuk kita terus melarang mana-mana pihak bergerak dalam radius 10km."

-Datuk Seri Ismail Sabri-

Larangan rentas daerah dan negeri

Walau bagaimanpun, kerajaan masih menegaskan bahawa aktiviti merentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen