"Jadi orang berguna." Pesan ayah buat anaknya sebelum ditangkap gara-gara dadah sentuh hati orang ramai

Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya, hidup menjadi seorang anak yang berbakti kepada ibu bapa.

Namun, sebagai anak-anak yang semakin menginjak dewasa ini mereka terlalu seronok menjalani kehidupan harian mereka sehingga tanpa sedar mereka terpengaruh dengan anasir-anasir yang kurang elok di luar sana. 

Dalam hal ini tiada siapa yang perlu menuding jari antara satu sama lain untuk membuktikan siapa yang bersalah sebaliknya perlu percaya bahawa pasti ada hikmah di sebalik semua yang sudah terjadi.

Adik beradik ditangkap ambil pil kuda

Mungkin itulah yang hanya mampu dilakukan oleh si bapa apabila melihat anaknya ditangkap depan matanya sendiri oleh penguatkuasa Agensi Anti Dadah Malaysia(AADK) siang tadi dalam keadaan anaknya khayal akibat pengambilan pil kuda.

Saat itu, si bapa sempPat menitipkan pesan buat anaknya sebelum mereka  dibawa oleh pihak polis untuk menjalani siasatan.

"Pergilah cari ilmu (dalam pusat pemulihan), balik nanti ayoh (ayah) harap (anak) dapat jado tok bilal, jadi orang berguna."

-ayah-

 

Bagi tambah 'tenaga'

Kejadian yang berlaku di Kampung Tegayong itu melibatkan dua orang adik beradik yang didapati mengambil pil tersebut sejak lima tahun yang lalu dengan alasan ingin memperoleh 'tenaga' bagi mengerjakan sawah keluarga.

Suspek 'bolos' 

Bagaimanapun, tangkapan itu juga dilakukan di beberapa buah kampung berdekatan dan setibanya di Kampung Kedai Buloh, difahamkan anggota AADK terpaksa mengejar seorang lelaki yang berjaya melarikan diri gara-gara terkejut melihat rumah rakannya yang juga penagih dadah diserbu.

Lelaki itu yang menunggang motosikal meninggalkan kenderaannya berlari dengan berkaki ayam serta gagal dikesan namun, seorang lagi rakannya yang kebetulan berada di luar rumah serta dipercayai baru pulang daripada membeli bekalan dadah berjaya ditahan.

Orang Kelainan Upaya turut terlibat

Di samping itu, serbuan yang dilakukan selama jam 10 pagi itu juga berjaya memberkas penagih dadah Orang Kelainan Upaya(OKU) fizikal dan seorang lagi yang pernah mendapatkan rawatan penyakit mental.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen