"Mereka hanya boleh gerak dalam daerah sahaja." Sekatan jalan raya masih dilaksanakan

Meskipun kebenaran bergerak melebihi radius 10 kilometer dari tempat tinggal dibenarkan namun, kerajaan masih lagi tidak melakukan sebarang perubahan terhadap kebenaran untuk merentas daerah ataupun negeri.

Ini bermaksud, orang ramai masih perlu sentiasa mematuhi SOP yang sedia ada bagi mengurangkan lagi kes harian baru yang mencatatkan jumlah semakin baik sejak kebelakangan ini.

Pelaksanaan sekatan jalan raya diteruskan

Bagaimanapun, umum sedia maklum terdapat 500 sekatan jalan raya yang dilaksanakan di seluruh negara dan meskipun pemansuhan pergerakan orang ramai kini boleh melebihi 10 kilometer, namun sekatan jalan raya yang sedia ada itu masih terus dilakukan.

"Meskipun mereka bebas bergerak lebih 10km, orang ramai yang tidak mempunyai kebenaran untuk merentas daerah atau negeri, mereka hanya dibenarkan bergerak dalam daerah mereka sahaja."

-Datuk Seri Acryl Sani-

Pada masa ini sebanyak 276 sekatan jalan raya di persempadanan daerah di seluruh negara, manakala 274 lagi di persempadanan negeri dan Operasi Benteng (Op Benteng).

Usaha melandaikan lengkungan Covid-19

Turut difahamkan, pihak PDRM masih melaksanakan sekatan jalan raya adalah bagi tujuan memastikan penularan Covid-19 dapat diputuskan dan tidaklah bermaksud untuk menyusahkan orang ramai.

Selain itu, beliau juga turut menegaskan bahawa penumpang di dalam kereta juga masih dikekalkan iaitu hanya dua orang sahaja.

"Justeru polis masih lagi meneruskan pemantauan terhadap pematuhan ini selain pergerakan yang masih menetapkan dua individu sahaja da;am satu keneraan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)."

-Datuk Seri Acryl Sani-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen