Akui hati sudah dimiliki seseorang, Wany Hasrita pilih untuk rahsiakan identiti kekasih hati

Perasaan cinta itu lumrah bagi setiap manusia. Lelaki mahupun perempuan kedua-duanya ingin saling rasa dicintai dan mencintai.

Begitulah juga buat penyanyi berbakat, Wany Hasrita. Nama penyanyi ini bukanlah lagi kedengaran asing apabila lagu-lagunya sering kali bermain di corong-corong radio.

Gerangan kekasih hati jadi tanda tanya

Berbalik semula berkenaan dengan cinta, Wany yang merupakan seorang selebriti tidak terkecuali daripada kontroversi.

Terdahulu desas-desus ada mengatakan bahawa dia pernah menjalinkan cinta dengan juga seorang selebriti namun khabar angin itu terus berlalu menghilang.

Secara tidak langsung, Wany mengakui bahawa dia memilih untuk merahsiakan identiti kekasih hatinya kerana tidak ingin kejadian lama berulang.

"Saya belajar daripada pengalaman lalu. Iktibar kisah rakan artis juga menjadikan saya memilih merahsiakan terlebih dahulu kisah hubungan cinta. Biarlah ia kekal misteri buat masa ini."

"Biarlah ada tarikh dan segala-galanya sudah pasti, barulah saya buka mulut berkongsi. Saya tidak tahu apa akan terjadi sepanjang perhubungan ini."

-Wany Hasrita-

Menurut penyanyi yang mempunyai suara lunak itu lagi, dia menyatakan bahawa kemungkinan akan mengikut jejak langkah Mira Filzah yang mendedahkan calon suami hanya pada majlis pernikahan.

Tidak trauma dengan kisah silam keluarga

Di samping itu, Wany turut berkongsi tentang pengalaman yang dilalui oleh ibu bapanya sewaktu ketika dahulu apabila mereka berpisah ketika penyanyi itu berusia 12 tahun dulu.

"Mungkin jodoh ibu dan ayah tidak panjang, namun nasib saya mungkin berbeza. Jadi, ibu tidak pernah menghalang saya untuk mendirikan rumah tangga. Dia yakin saya boleh mengecap kebahagiaan dengan cara sendiri."
-Wany Hasrita-

Bagaimanapun, bagi Wany kisah lalu tidak sedikit pun mematikan hatinya untuk menerima kehadiran insan istimewa dalam hidupnya dan ibunya juga tidak pernah menghalang Wany untuk mencari kebahagiaannya di luar sana.

"Saya tidak pernah trauma dengan pengalaman dilalui oleh ibu bapa. Malah, ibu tidak pernag memomokkan mengenai liku alam rumah tangga, sebaliknya sering menyatakan jodoh dan ketentuan takdir setiap manusia tidak sama."
-Wany Hasrita-

Perancangan sudah ada

Dalam satu kenyataan, Wany ada menyatakan bahawa dia sudah ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga tetapi masih ada impiannya yang belum dipenuhi.

Justeru itu, dia berharap cita-citanya untuk menghadiahkan ayahnya rumah baru bakal tercapai sebelum kahwin sepertimana dia hadiahkan buat ibunya dahulu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen