Tak tahan bunyi bising ekzos, jiran tembak kereta guna senapang buatan sendiri

Bunyi bising ekzos kereta seperti sudah lali di telinga orang ramai masa kini. Bukan tidak mahu tegur, takut mereka sahaja yang tidak mahu terima.

Mungkin begitulah yang dihadapi oleh seorang jiran ini apabila kesabarannya tidak dapat dikawal lagi lalu nekad menembak kereta jirannya gara-gara tidak tahan bunyi bising ekzos kereta dengan menggunakan senapang angin.

Terdengar bunyi tembakan

Kejadian yang berlaku itu melibatkan seorang lelaki berusia 63 tahun yang tak tahan mendengar bunyi bising hampir setiap hari.

Menurut Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, ketika kejadian mangsa yang berusia 21 tahun menyedari keretanya terkena sesuatu yang disyaki tembakan dari arah rumah lelaki terbabit dan apabila dilihat terdapat kesan tembakan di bahagian pintu belakang sebelah kanan.

Mempunyai rekod jenayah

Bagaimanapun siasatan di rumah suspek telah dilakukan pada hari yang sama dan selain menemui beberapa senjata merbahaya, polis juga mendapati bahawa suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau.

"Hasil pemeriksaan, kami menemui selaras senapang tiruan pendek, selaras senapang tiruan panjang dan tiga guli yang disimpan di bawah almari dapur rumah itu."

-Dzulkhairi Mukhtar-

Susulan kejadian tersebut, siasatan awal telahpun dibuat dan mendapati senapang terbabit dihasilkan sendiri oleh suspek berdasarkan pembelajaran melalui Youtube.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen