"Ramai dah DM tanya soalan panas..." - Instafamous umum hamil lagi, anak sulung baru 7 bulan

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap suami isteri tentunya mempunyai perancangan yang sesuai buat keluarga mereka, namun kehadiran cahaya mata adalah satu rezeki yang tidak disangka-sangka.



Seperti personaliti media sosial yang cantik ini, Adira Salahudi megumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua selepas tujuh bulan baru melahirkan bayi sulungnya.



Menerusi Instagram Adira, dia memaklumkan berita gembira itu selepas sudah ramai yang meneka dan tertanya-tanya akan perubahan fizikalnya.

“Alhamdulillah! Allah is the best of planners! Adira actually lama simpan rahsia ni dengan korang. Tapi followers i ni semua bijak bestari dah boleh teka.

“So now dah tak boleh simpan dah & Adira rasa kena share berita happy ni juga dengan korang. Sebab korang la yang selalu doa yang baik baik untuk i!” kongsinya.

Adira juga memuat naik fotonya yang sudah menampakan ‘baby bump’ bersama suami serta bayi lelaki mereka yang baru berusia 7 bulan.




Menurut Adira, dia sebenarnya belum bersedia untuk menimang anak kedua memandangkan Arsel masih kecil lagi, bagaimanapun menganggap rezeki yang tak diduga dari Tuhan.

“Alhamdulillah syukur untuk rezeki zuriat yang kedua ni cepat. And yes Adira belum ready sebenarnya dan fikirkan Arsel kecil lagi tapi mungkin second baby ni membawa seribu satu rahmat satu keluarga,” ujarnya.

Untuk makluman, Adira telah mendirikan rumah tangga dengan Ammar Azzizan yang juga personaliti media sosial pada September 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Arsel.

Sehubungan itu, berita gembira tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dari para peminat dan juga rakan selebriti.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen