Pernah beri 'hint', warganet bongkar bibit-bibit cinta Hannah Delisha & suami

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti ramai yang belum move on akan perkahwinan selebriti cantik manis Hannah Delisha dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Imam Shah, semalam.

Keputusan tersebut sangat mengejut malah, Hannah sendiri tidak pernah bercerita bahawa dia sedang sangat bercinta dengan seseorang sebelum ini. Bahkan, Hannah juga tidak pernah terpalit dengan mana-mana gosip liar melibatkan percintaan.



Teruja akan perkahwinan pelakon cantik tersebut, seorang pengguna Twitter Deanna Rasyid telah membongkar kisah percintaan antara Hannah Delisah dan Imam Shah yang ramai tidak sedar.

Menurut gadis berkenaan, foto dimuat naik oleh pelakon berusia 25 tahun itu telah menggunakan kapsyen hubungan mereka menjadi halal setelah lima tahun berkenalan dan dia juga sempat meluahkan rasa cinta buat suaminya.



Manakala, berdasarkan kapsyen yang digunakan Iman Shah pada 18 Februari, menceritakan bibit-bibit percintaan mereka mula bermula dan menggunakan tanda pagar #1802 sebagai tarikh istimewa buat mereka berdua.

Untuk menguatkan lagi teori tersebut, pengurus Hannah Delisha turut menceritakan Hannah Delisha dan suaminya telah merancang untuk mendirikan rumah sejak lima tahun yang lepas lagi.




Dalam pada itu, gadis tersebut juga berjaya menemukan gambar di tempat sama yang pernah dimuat naik oleh pasangan ini. Bahkan, masa dan tempat pertemuan mereka juga adalah tempat yang sama.

 

Tak cukup dengan itu, gadis tersebut juga mendedahkan bahawa Imam Shah pernah memberi kata selamat ulang tahun pada pelakon tersebut pada tahun 2017.



Semalam, pelakon kelahiran Singapura itu dikatakan telah selamat bergelar isteri kepada Imam Shah yang juga merupakan pelakon aksi dan juga model dalam majlis yang serba ringkas.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen