Rahsia rajin baca Al-Quran jadi amalan Pak Adek berusia 120 tahun

Oleh: Zuzu Yasmine

Masih sihat tubuh badan dan memiliki daya ingatan yang baik, seorang warga emas dari Kampung Bahagia dipercayai usianya sudah mencecah lebih satu abad.

Menerusi laporan Harian Metro, Mamat Mat Ali, 96 atau lebih mesra dengan Pak Adek mempunyai tujuh anak berusia 35 hingga 65 tahun, 20 cucu, 50 cicit dan empat ciak.

Masih ingat peristiwa penjajahan Jepun

Difahamkan, menjadi amalan Pak Adek adalah sentiasa membaca al-Quran serta rajin menunaikan solat sunat di samping mengamalkan minum air masak dan mengelakkan minum ais serta mengambil bahan berkarbonat selain mengandungi kimia.



Menurut Pak Adek, sehingga hari ini daya ingatannya juga sangat baik serta mampu mengingati satu persatu peristiwa ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

"Alhamdulillah, saya juga mempunyai penglihatan yang baik selain tidak menghidap penyakit kronik, kecuali masalah pendengaran yang kurang jelas hingga ada ketika saya minta orang yang ingin bercakap itu menguatkan suaranya.

"Biarpun kini berada di penghujung usia, saya tetap gagah menguruskan diri sendiri walaupun terpaksa mengengsot sejak dua tahun lalu untuk bergerak," kongsinya.

Habiskan masa dengan baca al-Quran

Katanya, pada usia ini masa yang ada hanya diisi dengan dengan membaca al-Quran dan dalam sehari dia akan menghabiskan satu juzuk selain bangun di awal pagi untuk menunaikan solat sunat selain mengajar mengaji.

"Pada masa sama, saya juga mengajar mengaji anak-anak penduduk kampung dan walaupun mengalami masalah pendengaran, namun saya boleh mengetahui kesalahan hukum tajwid yang dibaca oleh mereka melalui pergerakan bibir," katanya.

Yakin berusia lebih satu abad

Dalam pada itu, anak bongsu Pak Adek, Syukriah Mamat, 35 berkata, dia bersyukur walaupun ayahnya sudah berusia hampir satu abad, namun ingatannya masih baik serta tidak nyanyuk seperti sesetengah keadaan yang dialami orang lanjut usia.

"Di dalam kad pengenalan, usia ayah adalah 96 tahun, namun pada zaman dahulu penduduk hanya daftar sahaja untuk mendapatkan kad pengenalan diri, namun berdasarkan penceritaannya ketika zaman Jepun saya yakin usia ayah sebenarnya sudah lebih satu abad.

"Sebelum ini ayah mempunyai tiga orang isteri namun dua isterinya sudah meninggal dunia dan kini dia bersama isteri ketiganya, Sharifah Samad, 86, tinggal bersama saya sekeluarga," ujarnya.

Katanya, walaupun ayah tidak boleh berjalan dan hanya mampu mengengsot, namun segala-galanya dibuat sendiri tanpa bantuan orang lain untuk ke tandas dan mandi.

"Kami adik -beradik akan menjaga ayah dan ibu sebaik yang mungkin kerana mereka seperti mana mereka menjaga kami sebelum ini," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen